Saturday 8 August 2015

-NASI TOMATO-

-NASI TOMATO-

Bahan-Bahan:


  • 4 cawan beras
 
Bahan untuk di potong halus
  • 3 sm halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
 
Bahan-bahan lain yang berkaitan:
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi


Cara Penyediaan:



  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.


Wednesday 5 August 2015

-CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIES-

Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tips: Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.