Thursday 30 April 2015

-KETAM MASAK LEMAK CILI API-

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
 
Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Tips: Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Thursday 9 April 2015

-MUFFIN NUTELLA-

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan Nutella
  • 10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri (self-raising flour), ayak.
  • 2 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  2. Masukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati.
  3. Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin.
  4. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar
  5. Adunan menghasilkan 6 muffin yang bersaiz besar.
Tips: Jika menggunakan tepung gandum, campurkan bersama 1/4 sudu serbuk penaik (baking powder) dan ayak.