Friday, 11 November 2016

Bismillahirahmanirrahim.

Aku tak nafikan yang aku rasa menyesal bila aku teruskan dalam course ni.Aku penat, aku rasa putus asa, tapi aku kena kuat demi mak ayah aku dan demi untuk menaikkan agama Islam. Aku tak sanggup untuk kecewakan mak ayah aku. diorang dah terlalu bnyk berkorban untuk aku. aku jugak tak sanggup tengok saudara seIslam aku ditidas oleh Donald Trump yang sangat kejam tu. Ya Allah, lindungilah mereka yang sangat aku sayangi walau di mana mereka berada. terutamanya kedua ibu bapaku, adik beradikku, sahabat syurgaku dan juga semua saudara seislam ku terutamanya di Palestin,Syria dan Mesir.Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk hadapi segala ujian dan cabaranMu. Kau berikan lah kami keterangan dan ketenangan hati untuk menuntut ilmuMu yang sangat luas agar kami dapat memberi manfaat kepada orang lain:')

In Shaa Allah. Amiinn


Friday, 4 September 2015

NASI AYAM:')

-NASI AYAM-

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
 
Cara untuk memasak nasi:
1.Basuh beras dan tos air.
  1. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
 
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
 
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
 
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.



Saturday, 8 August 2015

-NASI TOMATO-

-NASI TOMATO-

Bahan-Bahan:


  • 4 cawan beras
 
Bahan untuk di potong halus
  • 3 sm halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
 
Bahan-bahan lain yang berkaitan:
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi


Cara Penyediaan:



  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.


Wednesday, 5 August 2015

-CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIES-

Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
  • 115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
  • 115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
  • 150g (3/4 cawan) gula perang
  • 2 biji telur
  • 50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
  • 1 biji telur
  • 225g (1 cawan) cream cheese
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk adunan cheesecake:
  1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
  2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
  1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
  2. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
  3. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
  4. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
  5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
  7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
  8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
  9. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tips: Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Saturday, 18 July 2015

-AYAM MASAK HITAM-

-AYAM MASAK HITAM-

Bahan-Bahan:


  • 1/2 ekor ayam
  • 4 camca besar minyak
  • daun pandan
  • daun kari
  • rempah tumis (kayu manis, pelaga,bunga lawang)
  • 1 btg serai (diketuk)
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • halia*
  • 7-10 tangkai cili kering (kisar halus)
  • kicap manis
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 biji bawang besar (kisar kasar)
  • 1biji tomato (hiris kasar)


Cara Penyediaan:

  1. Ayam potong sederhana kecil.
  2. Tumbuk kasar bahan bertanda *
  3. Perap ayam dengan bahan * dan serbuk jintan putih. selama 1/2 ke 1 jam.
  4. Tumis minyak, masukkan rempah tumis, daun pandan dan daun kari.
  5. Masukkan cili kering biar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, serai, kicap manis secukupnya dan tomato puree. Tambahkan sedikit air (1/2cawan) tutup tudung periuk & biar hingga mendidih.
  6. Masukkan bawang besar & tomato,garam & gulasecukup rasa. Apabila kuah sudah menjadi pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Friday, 17 July 2015

Friday, 3 July 2015

-BUBUR PULUT HITAM:)

-BUBUR PULUT HITAM-  

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:


Cara untuk masak bubur pulut hitam:
  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
 
Cara untuk kuah santan:
  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.